Friday, December 30, 2011

Hamka

"Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat" ~ Hamka.

Tuesday, December 27, 2011

Checklist

Hi.
5 more to go.

Lets make a check list!

His hantaran,
  1. Sirih Junjung - checked!
  2. Kain Sampin Songket - checked!
  3. The Body Shop Toiletries Set - checked!
  4. Fondant Cupcake by Kak Fadzlina, Mycuppycake - will collect on Sat, 31 Dec.
  5. A basket of Fruits sponsored by my cousin sister, kak Ann - checked!
  6. A box contains of 50pcs Macaroons sponsored by my dearest aunty Ana - my cousin dot will collect at Whisk Empire on Sat, 31 Dec.
  7. Patchi Chocolates - checked!

Her hantaran,
  1. Diamond Ring - checked! checked! 
  2. Sirih Junjung - checked!
  3. Grey Lace Fabric that we bought in Jakarta long time ago - checked!
  4. Crabtree & Evelyn Toiletries Set - checked!
  5. Cake sponsored by his aunty - checked!

Basically, everything is ready, we'll update from time to time.

Bye.

Sunday, December 25, 2011

Merry X'Mas!

Its year end, holiday mood is on and it is time to go for shopping!!!

SALE! SALE! SALE!
Super Like. This is what I always wanted.


Merry Chrismas & Happy New Year everyone.

Click here

Saturday, December 24, 2011

EiGhT

Hai.

Counting days again. 
8 more to go. 
Goshh.

Perasaan?
Sangat nervous tentang preparation, lain-lain masih ditahap terkawal.
Malam tadi dah settlekan pasal beading baju dengan nana, she's a fren of Nadia, my office mate and the owner of Pearlnity. A young entrepreneur girl, boleh earn dengan hanya buat beading business je. Luckily, dalam masa seminggu nana still sanggup nak amik buat beading, kalau tidak, nangis saya tak berlagu.

Later late at 11pm, we've met one couple from a blog, wawa & acop at Pappa Rich, Publika.

Wawa ni I consider super passion. You can look at her blog, i'm impressed, hard work gila budak ni, kagum tengok DIY wedding deco and preparation dia.


kau hado?

Sangat gigih ok! Kalau saya ditempat dia, belum tentu 2 bulan in a row boleh siap. 
Hasil kerja yang sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Anyway, hantaran hunting semua dah complete tinggal chocolate je maybe 2-3 hari before baru beli. Lain-lain semua dah ready. Make over bilik 80% in progress. Petang ni maybe nak gi IKEA, beli some deco stuffs kot. Maybe.

Oh ya, I got my hand bouquet bought at KK Home Deco - Nilai 3.


I sees it worth buying the artificial flower. What do you think?
Rasanya tak dapat fresh flower below RM50 untuk buat hand bouquet kan?
Message of the day, spend wisely.

Last but not least, perasaan sekarang yang tak boleh digambarkan, atau masih dalam keadaan blur sebab tahun baru is just a few days away and diri akan bergelar status 'tunangan orang'. oh emm giii.

Awak suka atau tak suka, kena terima.
Sekian, terima kasih. Jumpa lagi.

Bai.


p.s. Perkara yang paling seronok buat masa ni adalah, cuti dah bermula! Yeayyy. Meloncat kegirangan tahap dewa. 

Monday, December 19, 2011

Ulang Kali

"Sayang saya tak?"

hhmmm..

"Sayang saya tak?"

haaa..

"Sayang saya tak?"

yerr..

"Sayang saya tak?"

Sayang.


Kadang kala
perasaan sayang itu tak perlu diungkap di bibir.
Tapi disebabkan ingin tahu,
tak salahkan kita bertanya.
Untuk yang tersayang,
ia takkan pernah menjadi sesuatu yang bosan.
Setiap hari, setiap saat,
setiap waktu, dan bagaimana keadaan sekalipon,
kalau kita menyatakan rasa sayang
maksudnya kita menghargai kehadiran seseorang itu di dalam hidup kita.
Tak pernah bosan. Serius.
Kan senang jawab sayang, lepas tu diam. 
ok, sekian terima kasih.

Sang Arjuna



Teruna ini yang telah berjaya memanah hati saya hingga tidur malam pon tak lena.
Aduhai.
Racun apekah yang telah diberinya?

Firdaus sahaja yang tahu.

Thursday, December 15, 2011

Perempuan Meroyan

Hai.

Macam-macam berlaku lately, termasuklah ada perempuan gila yang mengamuk kat office this morning. Reason being, sebab almari cabinet belakang dia bersepah dek kerana orang yang mengambil barang pon jenis tak berhati-hati. 

First time saya tengok perempuan meroyan. 
Seriously, betul macam perempuan gila. Kepada empunya diri, saya mintak maaf. 
Bukan nak mengata, tapi sedarlah, perkara itu boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

Kalau saya ditempat anda, walau hati tengah panas sekalipon, saya akan kemas and shut my mouth rather than maki hamun tak tentu pasal. 

Hilang rezeki nak masuk sebab pepagi buta dah mengamuk. Orang-orang tua selalu berpesan, kadang-kadang kemarahan ni sebenarnya menunjukkan kelemahan ATAU kebodohan diri sendiri.

Banyak-banyaklah istighfar dan sabar. Nauzubillah.
Cukup la sekadar peringatan buat kalian.

Bagi pihak diri ini, aku bukanlah anak kecil yang tak faham bahasa untuk mengerti kemarahan. I just don't get you. If you really need my help, cakap, bukan dengan kemarahan. Manusia semua berperasaan. Sekalipon kau tak suka seseorang itu, tak perlulah nak tunjuk perasaan sampai menyakiti hati satu sama lain.

Oklah, luahan perasaan tahap dewa.
Nak menangis sesen pon tak guna sebab tak mendatangkan faedah. Office ni bukan kau yang punya! Emo pon buat apa, setakat kemas tak sampai 5 minit tu, tak berbaloi nak bergaduh kan?

Stupidlah kalau nak bermusuh-musuhan kerana 'tak kemas cabinet lepas event!'.

Bai.

Thursday, December 08, 2011

Help!


There are many reasons why you may wish to lose body fat. Among the top are to simply look better and improve your overall health. Losing weight should always be regarded as a long term proposition. Quick weight loss plans can help you lose weight but will not give you the longer term results you crave and deserve.

I want "instant" not "fast"!

Fat will be lost in any diet where the calorific intake is lower than expenditure. However these "crash" diets and low-energy diets will result in a muscle loss in addition to the fat burned. It is estimated that the maximum fat a typical human body can burn in any one week is 2 pounds. This means that any weight loss over and above 2 lbs in a week will be mainly muscle or water.

Crash dieting slows down your metabolism . If you don't eat enough food your ancient survival instincts take over and the body enters "starvation mode". In this mode the metabolic rate slows to conserve energy and thus the speed at which weight is lost is reduced. Thus ultimately less fat is burned using "crash" methods.

In addition the body has lost muscle during this crash phase. Muscle burns calories and the more muscle, the more calories and burned. Crash dieting therefore delivers the double whammy of a drop in metabolic weight and a drop in calorie burning muscle tissue.

This is the reason why so many dieters who rely upon fad diets regain weight quickly after losing it. The only safe reliable and long term way to reduce weight is to do it over a period of time.

A gradual reduction in calories maintains muscle tissue, burns only fat and allows you to maintain a healthy lower weight in the future.

Wednesday, December 07, 2011

Teaser

Hello lovelies,,

25 days and counting..

Sangat nervous sebab preparation masih di tahap 30%. 
Baju tak siap lagi, veil tak carik lagik, fresh flower tak order lagi, catering pon tak confirm lagi, hantaran item baru 2-3 yang ready, alas dulang, centrepiece, door gifts, khemah, meja & kerusi banyak lagi sebenarnya. Goshhh.

I am running crazy!

Hope it goes well and smooth. Insyallah.
btw, our pre-wedd photoshoot is ready.

I am super in-love!


Till we meet again.

Bai.

Saturday, December 03, 2011

10 Rules!



  1. Have 5 or 6 small meals a day
  2. Eat till you satisfied but not till stuffed
  3. Keep away white bread, rice and pasta
  4. Never eat after 8pm
  5. Learn to skip dessert
  6. Make exercise, go to gym or just walk everyday
  7. Drink water as much as possible
  8. Have at least 3 servings of fruit and veggies per day
  9. Drink a cup of green tea before go to bed
  10. No fast food

Friday, December 02, 2011

isteri.

hadis Rasulullah yang bermaksud: 



“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.” 



(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Wednesday, November 30, 2011

Worldless Wednesday


first phase - 30 days and counting .. *goshh*

Wednesday, November 09, 2011

911

Hai.

9 November 2010.
Genap setahun dah pakai braces. Goodness.
Cepatnya masa berlalu kan.

9.11.10 - day 1 of braces. Pic was captured at YIM office, Technology Park Malaysia
The day I went to put my braces on was the same day of Firdaus 26th birthday, 

and today, 9.11.20111 he turned 27.
Happy birthday sweetheart.

I kinda like to share my experience masa mula-mula pakai braces, the process only take half a day, and itu hanya the upper part sahaja, gigi bawah next 2 weeks nya baru pasang.

Rasa sakit? Yes, definitely.
Doctor said, "nak cantik mestilah sakit sikit.."
Ye, sikitlah sangat. :P

First day of installation, I felt very excited although dah tau the next few days I'm gonna suffer and avoiding food. True Indeed.

What I ate for breakfast, lunch and dinner?
Only 1 cracker,,


and... it took me the whole day to finish! :D

Tuesday, November 08, 2011

Memories

Hello.
It's 3AM in the morning, and I'm still awake. 
I couldn't sleep. I just miss those memories.

Missed being here,

Bangkok, Oct 2011

and here too. 

Jakarta, July 2011

Next vacation pleaseee??

Thursday, October 27, 2011

Clueless

Hello lovelies.

Mood sudah mari. 

Ye, sebab boss besar and boss kecik takde. 

Boss besar pegi Middle East - dah almost sebulan, nak tunggu dia balik ni, atau bila dia dah balik sini mahu pecah kepala budak-budak ni nak mula project baru. Bukan apa, he's damn workaholic, aku pon tak faham apa punya manusia, kalau nak meeting dari kol 8 pagi sampai ke 10 malam.  

Kadang-kadang sampai kol 11pm. WTH?!@#%$

Aku rasa kalau office bapak aku punya sendiri pon, aku takde la serajin itu. Kucing pon ingat jalan nak balik rumah, inikan manusia. Hisss.

Boss kecik plak, takde. Maybe pegi melancong kot.
Lantaklah. Bukan masalah aku.


Oh, semalam Deepavali. Happy Diwali to all Indians.
Semangat 1Malaysia kan.

Baru-baru ni aku dengar perkataan 'muhibbah' daripada mulut seorang Chinese Lady, yang lebih kurang sama macam boss aku - workaholic, jalan laju, cakap laju, buat apa semua laju, macam kena tekan button 'Fast Forward' je kat belakang badan dia tu. Kesian pon ada, tapi bagus, at least dia faham apa maksud 'muhibbah'.

Melayu - Cina - India = 'muhibbah'

Ok. Back to the main story. 'Clueless'.
Aku sangat blurr sekarang dengan kehidupan yang aku lalui.
Rasa macam nak jadi baby semula, dicorakkan kain putih tu dengan kehidupan  yang warna warni. Kalau boleh.

Tapi semua tu macam harapan je. Sebab aku dah dewasa sekarang. Dah nak melangkah ke satu alam lain pula. Keputusan yang aku buat lepas ni seharusnya ada peringatan nak tepek kat dahi "NO TURNING BACK."

Umur semakin meningkat dewasa, seharusnya pada waktu ini, aku dah ada keluarga dan tanggungjawab untuk dipikul. Sebagai isteri, ya, sebagai ibu, mungkin, dan ya. Clueless sama ada orang yang aku pilih benar atau tak, pernah dibincangkan dengan pasanganku sebelum ini. Riak mukanya tampak rileks.

Sangat tenang.
Dengan kata-kata seringkas mungkin, ''sayang.. tak semua yang kita impikan kita dapat.."

Baiklah. Aku mungkin terlalu memikirkan sesuatu keadaan yang belum pasti berlaku. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang maha mengetahui. Wallu'alam. Apa yang seharusnya aku fikir, bagaimana nak melalui masa-masa yang akan datang dengan kehidupan yang paling baik dan bermakna.

Kepada orang yang aku sayang, terima kasih atas segala-galanya.
Clueless kini hanya sebagai perkataan sahaja.

Aku doa agar kehidupan yang lebih berkualiti pada masa akan datang. Insya'allah.
Kepada kalian juga, ameen.

Bai.

Tuesday, September 06, 2011

Live healthy.

Sunday, July 03, 2011

Sawang.

Hai.

Lamanya tak update. As usual, tersangat sangatlah busy.
Dah bersawang blog ni kena tinggal. Mula-mula dulu hangat taik hayam je, verangan nak blog 365 hari. Kalau boleh kan.. Semangat nak menulis tu ada, tapi bila jari dah sentuh keyboard, suddenly aku blank.

Macam otak black out jap.

Kesian kan, dan disebabkan itu, aku hanya menulis bila mood betul-betul tengah ada, rasa macam nak bercerita pada seseorang tapi tak ada yang sudi mendengar, or maybe saat aku perlukan seseorang itu, dia tak available. Maka, disini lah terluah segalanya. 

Suka, duka, pahit dan manis.

Segala kenangan aku lakarkan disini supaya, supaya satu hari yang jauh masa akan datang, bila aku imbas kenangan-kenangan lampau, aku patot rasa bersyukur dengan apa yang aku ada pasa masa itu.

Anyway, dua tiga hari kebelakangan ni, hati jadi tak keruan. Ntah la, mungkin dengan kerja banyak kat office, proposal nak kena siapkan, project paper, dengan minutes meeting nya lagi, dengan meeting yang tak sudah-sudah, oh terlalu banyak untuk aku nak luahkan, cukup sekadar memberi ingatan pada diri sendiri.

Okaylah, mood kerja dah datang.

Nanti nantilah aku sambung cerita.


Sekian.
Yang tak rajin nak menulis sekarang.

Friday, June 24, 2011

i'm back!

Hai.

Lama btol aku cuti menulis.

Serious banyak benda yang berlaku lately, tapi susah untuk aku ungkapkan dalam ayat supaya boleh terbuku di sini. Ntahlah, mungkin malas juga. Bila ada mood nak menulis, ada pula hal lain yang datang.

Anyway, dah hampir genap 4 bulan lebih aku kat Taylor's University. Everything seems fine. Banyak benda yang aku belajar, walaupon dulu bukan dari bidang Education. Bayangkan, dari bidang kewangan, tiba-tiba masuk education, rasa macam masuk kandang kambing, mengembekk je..

Sorry. Peribahasa aku sangat buruk.

Pagi Jumaat, malas nak bangun pergi keje. Dua tiga hari ni, rasa macam letih sangat. Hectic. Minggu ni je school fairs, career day, marketing related activities and etc2 dah penuh schedule. Masuk office buat syarat je. Balik rumah plak, salin and pack baju terus ke gym sampai la kol 12 malam. Rajin kan? Aku terpaksa buat rutin macam tu. Kalau tidak, penyakit malas melanda.

Anyway, cite pasal office ni, aku tak sangka orang Melayu kita rupanya banyak yang hati busuk. Berkira. Mulut banyak. Arghh banyak la kalau nak list perkara yang tak baik, tapi aku tak suka. Sebab aku jenis yang bukan pendendam. Bicara kat sini pon setakat untuk luahkan. Tak perlu la cakap siapa, keje mana, asal mana, umur brapa, janji dia dah dewasa boleh berfikir. Terlampau calculative dalam setiap aspek, bukan nak buat keje dengan hati yang ikhlas sebab kena tolong, but jadi satu perkara macam paksaan pula bagi dirinya.

Buang masa je layan orang-orang begini. Tak kemana pon kejayaan yang dia bawa kalau kerja nak berkira, riuh sekampung kalau apa yang berlaku kat diri dia. Semoga Allah S.W.T. beri petunjuk bagi diri dia.

Ameen.

Okaylah, aku terpaksa berhenti kat sini dulu. Nak solat dulu. Selalu ada penyakit melewatkan solat. Berdosa sebenarnya. Pahala kurang. Lebih afdal kalau masuk je waktu solat terus tunaikan. Okaylah, aku janji dengan diri sendiri nak ubah diri kepada yang lebih baik.

Insyallah.

Sehingga berjumpa lagi. Salam sejahtera ke atas diri sekalian. 

Monday, May 16, 2011

I wish

Sunday, May 08, 2011

Happy Mother's Day

To all mom's out there,


Dearest Mama,

In pains,
You gave me life
In enormous care
Like the egg
I was handled
And on your laps
I was dandled
You held me close with passion
And as a fashion
You never left the cane
When I became naughty again.

After giving me a fish
You taught me fishing
To face the famine of tomorrow
And so,
If I have a wish,
May it be
That you live for more years
To guide me
And drive away my fears
Speak to me
I will give you ears.

When I was young,
You made me wise
To know that the Supreme One
Lives in the skies
I promise
To be your greatest pride
And on you face
I will put the greatest smile.

In those years
You wiped my tears
You never gave up
To lift me up
When I fell
Because I may be hurt
I watch as you pray
That the best should come my way
Sometimes you forgave me because I did not obey.

How else do I find happiness
Apart from being with you
Where else do I find love
Like all these shown
And for that,
I will say to you
I love you
And I am grateful
For taking me through parenthood.

Love you till the end of my life, hugs & kisses.

Friday, May 06, 2011

Its Friday.

Hai.

Banyaknya perkara yang berlaku dalam seminggu ni. Tak sempat nak update apa-apa langsung. Busy mengalahkan orang yang ada anak 5 and suami.

Pheww.

4.30pm, baru masuk office. What? It's Friday, and my bosses were not around. Just settle my passport renewal. July, I'm off to Jakarta, for a friend's wedding. Not forgotten too, MARA loans, settled. Gonna withdraw some of my EPF fund to clear the study loans. Fuhh.


Lega. Lega. Lega.

Hidup berhutang ni sebenarnya tak bagus. Menyerabutkan keadaan. Kalau ada duit lebih, neo tu pon aku nak convert cash terus. Macamlah banyak duit kan? :P

Anyway, 2 minggu ni planning to workout gile-gile and lose some kg's. I mean, seriously lose weight.

I've started workout for 2 days already, alhamdulillah, cuba membina stamina balik. Met my old fren, Yusra kat gym semalam. Goodness. Slim giler. Rahsia dia, lari atas trackmill je. Last time she looks very plum and berisi sikit tp malam tadi, Wow. Seriously, aku kagum.

Bukanlah nak kurus sangat, but losing some weight just to make sure you're at your ideal weight. Sihat kan bagus. Tak semestinya berisi tak cantik, gemok tak sihat. But to tell the truth, those yang berisi mostly they have low self-esteem.

Cara untuk mengatasi, mari puasa, haha.

Goodness. Banyak hari lagi tak ganti!

Till then, I have to go now. Selamat menjaga diri masing-masing.

Marathon on 3rd July, going to prepare myself. Laratkah aku nak lari 7km ni? Tepuk dada tanya selera, sendiri cari penyakit and sendiri cari ubat ye.

Sekian, bai.

Wednesday, May 04, 2011

First BB Update

Hai.

First update dari BB.

Rasa macam kelakar pon ada, sebab aku masih terkial-kial mencari keypad and alphabet.

Anyway, rasa happy dan berbangga dengan teknologi dunia sekarang kerana semuanya semudah dan sepantas di hujung jari sahaja.

Till then, have to go now.

Babai.

Tuesday, April 26, 2011

Cuti Sakit

Hai.

MC untuk pertama kali. 

Aku cuba elakkan sebenarnya dari cuti sakit. Tapi kadang-kadang keadaan yang memaksa aku untuk berehat. Mana taknya, tak pernah dalam sepanjang hidup berkerja, almost 2 bulan lebih aku tak ada cuti weekend.

Bayangkan camana hecticnya keje kat Taylor's University.

Aku enjoy, walaupun kadang-kadang badan dah rasa macam nak burst out. Flat. Longlai abes. Aku kuatkan semangat juga dek kerana tanggungjawab. Kalau dulu, haram. Tak pernah aku kesah. Tapi sekarang dah lain. Cukup dewasa untuk buat keputusan yang rasional. 

Ahad malam minggu.

Seronok seyh dapat main badminton dengan sahabat-sahabat sekolah lama. Rasa nak peluk je sekor-sekor. Yang aku peluk sorang je, Zai. Sebab, dia perempuan. Yang lain semua teruna belaka. Dapat jumpa budak-budak ni, aku memang takkan kering gusi. Ada je yang nak melawak sampai ke tengah malam. Dari court Kg. Pengantin sampai la ke kedai kopi. Sampai pukul 1 pagi sebenarnya.

Malam masa main badminton tu, aku jatuh. Ada la terkehel sikit kat tulang belakang. Tersentak sebenarnya. Aku rasa macam nak patah pinggang. Tapi sebabkan dah lama tak bersukan, aku belasah sampai tak ingat sakit. Punyalah balas dendam. Macam gian je main badminton ni.

Akibatnya, isnin bangun pagi dah lewat ke office. Aku takleh bangun. Rasa cam nak patah pinggang. Malam semalam, terus singgah Mediviron, buat check up. Doctor cakap maybe aku tak stretching before main. Rasa nak lepuk je doctor tu. Kalau tak stretching, confirm kaki ke tangan ke, kejang atau kebas. Ni pinggang. Maybe masa datang tu pon, clinic lagi 5min nak tutup, so terima je la apa dia cakap. Alasan terima, sebab dia nak balik.

Doctor perempuan india yang sangat muda.

Apa-apa pon, aku enjoy cuti walaupon boring kat rumah sorang-sorang. Bayangkan kalau sebulan cuti duduk rumah sahaja, apa ekau nak kata?

Bai.



Sunday, April 24, 2011

Makan

Hai.

Tajuk harini adalah 'makan'.

Lately ni aku banyak makan. Bosan je sikit, makan. Tension je sikit, melantak. Ye ye, aku tahu melantak = makan. Marah je sikit, makan. Ngantuk je sikit, makan. Mau badan leh naik cam mak gajah ni. Falsafah hidup bagaikan 'hidup untuk makan..', bukan makan untuk hidup. Goodness.

Meh tengok gambar inspirasi supaya kurang sikit nafsu nak makan tu. Kalau boleh.


Picture was captured 2 months back ago. Haha.
Thanks to Cosmopolitan Magazine for their Valentine's Complimentary Make-over.
The make-over was done at Lancome Counter, Metrojaya Mid-Valley on Feb 13, 2011.

Thumbsup. Itu je aku boleh cakap.

Nak jadi macam dulu balik lah. 2 bulan dulu tu tak lama kan? kata-kata menyedapkan hati. Aku tau aku boleh tapi dengan kerja sekarang. Kau mimpikan je la, nak pergi gym tiap-tiap hari macam dulu. Terloncat sangat sini kat dalam gym tu, berpeluh macam orang berlari 1000m tanpa berhenti. Kejang kaki masuk RPM sejam dua jam sehari lagi blom kira. Dulu memang pulun habis. Sekarang? harapan je lah.

Oh sungguh tidak memberi semangat kata-kata itu.

Next week, we shall start to hit the punch bag. Aku ada masa lagi 3 bulan untuk mengubah fizikal. 3 bulan tak lama sebenarnya tapi cukup waktu untuk menunjukkan sebarang perubahan. Yang penting, emosi kena kental. Hati kena kuat. Misi mesti kena capai. Disiplin yang tinggi, wajib. Ahh, disiplin. Masalah juga ni.

Aku cuba ya, aku cuba.

Jumpa aku lagi 3 bulan dari sekarang sebelum Oktober ni. Bulan yang sangat penting.

Bai.

Thursday, April 21, 2011

Menulis



"Belajar menulis adalah belajar menangkap momen kehidupan dengan penghayatan paling total yang paling mungkin dilakukan oleh manusia." 

Friday, April 15, 2011

Life is ..


Tuesday, April 12, 2011

26

Hai.

A very cold morning, letih travel dari Ipoh pon tak hilang lagi. Reached KL almost 10pm. How I wish esoknya cuti. Sempena keputerian aku. Haha. No way. Kau ingat kau puteri raja ke? 

11 April. Pagi. Hari isnin. 

Konon-konon rasa macam monday blues la, tapi apa yang monday blues pon aku tak tahu. Its just a phrase yang everybody keep saying, ulang dan ulang kali. 

Maaf, english aku tak seberapa hebat. Dulu masa SPM, mak pesan belajar la pandai-pandai, tapi aku, memberontak je, tak mahu duk asrama. Akibatnya, result SPM pon agak memberontak. English, B+. Alhamdulillah, bersyukur la tu. Jadi jugak aku seorang manusia yang masih boleh survive dengan kehidupan dunia sekarang. Life's full of challenges and obstacles. Masyallah.

Dulu mama pernah cakap, aku suka melawan. Apa yang dia cuba nasihat, aku susah sangat nak accept apatah lagi nak absorb. Masa tu, aku rasa akulah anak yang paling suka rebel. Yes, rebel. Apa yang dia cakap, tak pernah nak lekat. Tapi sekarang tidak lagi. Everything is a yes, yes and alright, alright for her.

Dah cukup dewasa kot?

26 dah tahun ni. Syukur kepadamu Ya Allah, masih memberi harapan untuk bernafas sehingga ke hari ini. Haritu pon dia(mama) dah bersuara, "bile lagi nak settle down kak long.." Ohh. Itulah ayat yang agak berbisa nak dengar sekarang. How I wish I can tell her, that I want to get marry tomorrow. She always told me that she prays for me to get marry soon.

Hmm.

As for me, doa seorang ibulah yang paling mujarab. Insyallah. I know its time. Its just, I need some time to clear everything and prepare myself to get ready. It no-no easy thing actually. Enough said. Kadang-kadang bercerita tentang kehidupan ni, tiba-tiba air mata nak mengalir je. Kenapa? again I don't know how to answer. Aku memang seorang yang sangat sensatip kot.

Lets move forward. Kita merancang, Allah s.w.t. yang menentukan. 3 things that I always have in mind which is Usaha. Doa. Tawakkal.

May you have a wonderful life Liyana.


Last but not least, Happy birthday to me. 26 years. It is still plain yet cheerful day for me.

Monday, April 04, 2011

Did you smile today?