Sunday, July 03, 2011

Sawang.

Hai.

Lamanya tak update. As usual, tersangat sangatlah busy.
Dah bersawang blog ni kena tinggal. Mula-mula dulu hangat taik hayam je, verangan nak blog 365 hari. Kalau boleh kan.. Semangat nak menulis tu ada, tapi bila jari dah sentuh keyboard, suddenly aku blank.

Macam otak black out jap.

Kesian kan, dan disebabkan itu, aku hanya menulis bila mood betul-betul tengah ada, rasa macam nak bercerita pada seseorang tapi tak ada yang sudi mendengar, or maybe saat aku perlukan seseorang itu, dia tak available. Maka, disini lah terluah segalanya. 

Suka, duka, pahit dan manis.

Segala kenangan aku lakarkan disini supaya, supaya satu hari yang jauh masa akan datang, bila aku imbas kenangan-kenangan lampau, aku patot rasa bersyukur dengan apa yang aku ada pasa masa itu.

Anyway, dua tiga hari kebelakangan ni, hati jadi tak keruan. Ntah la, mungkin dengan kerja banyak kat office, proposal nak kena siapkan, project paper, dengan minutes meeting nya lagi, dengan meeting yang tak sudah-sudah, oh terlalu banyak untuk aku nak luahkan, cukup sekadar memberi ingatan pada diri sendiri.

Okaylah, mood kerja dah datang.

Nanti nantilah aku sambung cerita.


Sekian.
Yang tak rajin nak menulis sekarang.