Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday, January 10, 2014

2014

Bismillah.



Tajuk yang sangat simple tapi besar maknanya untuk aku dan suami. Eh dah bersuami? Ye aku dah kawen dua tahun lepas, Oct 2012. Cepat btol masa berlalu kan?


Blog ni pon dah bersawang. Mula-mula je excited nak update hal-hal bride-to-be, lepas tu, hampeh. Busy dengan kehidupan baru. Aku berehat menulis 2013, and skarang 2014, semangat nak ber'blogging' balik datang. Idea mencurah-curah lately ni esp. bila anak dah tido, banyak benda datang dalam kepala. 

Eh dah ada anak? Ye, lepas kawen, bunting pelamin, pastu dapat anak July 2013. Rezeki Allah s.w.t. plus minum Herbalife, buat aku jadi sangat-sangat subur. Tak percaya, meh cuba :D

Haha.

Alhamdulillah, banyak impian 2013 dah tercapai termasuk duduk luar daripada ahli keluarga. Kalau dulu terlampau, lampau, lampaunya 'comfort zone' kami, ye lah, kawen je, terus duduk rumah mak mertua. Makan free, rumah tak yah bayar, bil air api pon subsidize, wi-fi pon laju, haha segalanya ada lah! Rumah pon takde orang, tinggal MIL dengan adik ipar, itu pon adik ipar jarang-jarang ada rumah sebab nurse keje shift kan. 

Bila one month lepas kawen tau aku mengandung, satu rumah excited tapi bagi aku mula-mula tau tu, aku nangis. 

Macam tak percaya.

Plus, tanggungjawab besar yang nak kena pikul. Masa mengandung, barulah tau camana ibu kita bawak kita 9 bulan dalam perut dia. Nak naik turun tangga pon mengah sampai hubby kena pimpin tangan.

Belum lagi, loya tengah-tengah malam. Makan je muntah balik, lapar tengah malam, mengidam macam-macam. Eh, bab mengidam, aku rasa takde mengidam apa sangat kot. Salah satu factor, minum Shake Herbalife, Dr. K kata sel-sel badan sihat so rasa nak itu ini pon kurang. 

Alhamdulillah, bab itu, tapi teruja sangat masa mengandung, tak perasan pon, pejam celik dari kecik perut sampai la kembang. Nak-nak lagi rasa pergerakan baby dari dalam. MashAllah SubhanAllah, amazing feeling sgt.

Lagi impian? 

aku doa nak 'berhijab'. 

Alhamdulillah, pon termakbul juga doa tu. Memang dah lama terasa nak pakai, tapi tak kuat nak buat. Bila dah bergaul dengan orang-orang sekeliling yang memang positip lagi-lagi pulak dorang memang yang kuat pegangan agama, aku rasa kerdil, sangat jahil dan-dan tu jugak cuba nak mendalami ilmu agama. Bukan setakat kena tutup aurat tapi perangai pon kena berubah, kena jaga adab dan yang paling penting, suami sangat supportive bab-bab agama ni. 

2014.

Sangat banyak resolutions, nak perbaiki diri, nak perwatakan yang lebih baik, sahsiah & jati diri yang lebih baik. Nak keluarga yang serba serbi cukup keperluan inshAllah. Yang penting, lagi bertambah besar tanggungjawab yang perlu aku pikul sebagai isteri solehah & ibu mithali untuk Mikhail.

Makna yang lagi besar untuk kami lagi, kami punya impian. Impian yang kami tulis awal tahun, simpan dalam Dream Jar, awal tahun depan, bukak balik, reflects diri and imbas apa yang dah kami capai, apa yang belum.

Scary tak buat, tapi scary lagi kalau anda takde impian. Betul tak?

Aku menangis bila tulis impian aku tempoh hari. 

Sesungguhnya bab impian ni sangat sensatip untuk aku sekarang, but aku kena tabah & kuat. Dah jadi seorang ibu, mesti tunjuk contoh yang baik untuk anak. And.. anak masih kecil, inilah masanya untuk aku berkorban kerja lebih masa & kerah keringat demi masa depan dia.

Kadang-kadang terpaksa tinggal Mikhail dengan mama & papa, and sometimes adik aku jugak. Bukan suka-suka, tapi terpaksa. Demi masa depan. Mama & papa Mikhail kena kerja keras demi masa depan Mikhail yang cemerlang. Okay, tiba-tiba jadi sensatip. Lagi-lagi bab anak ni. Aku ni sensatip orangnya, hubby pon tau. 

Cengeng kan. 

Jap, lap air mata. *sobss*

Sebelum melangkah tahun baru haritu, seminggu awal aku jot down kat kertas. Tulis apa impian aku nak capai 2014. And.. aku share dengan suami. At least dia boleh pinjam impian aku untuk dia terus kerja lebih keras. 

Banyak okeh, tapi semua boleh direalisasikan bila anda bekerja. 

Kerja kuat.. 



So, lebih kurang macam inilah,


impian ---> Kerja! KERJA! Kerja! ---> capai impian (success).

Faham kan? Tak mudah & tak senang tapi berbaloi bila buat. 

Jim Rohn kata, 

"Don't wish it was easy, wish you were better. Don't wish for less problems, wish for more skills.."  

Aku suka philosophy Jim Rohn ni. Sangat terkena dengan diri aku. Rasa nak slap slap je  muka ni kalau tak reti reti jugak nak berubah. Nantilah ada masa aku buat entry bertajuk 'change'. Uihh, semangat betul nak berblogging balik ni. Heheh. 

Okaylah, till then, harap sedikit walaupun tak banyak boleh ingatkan korang untuk buat dream masing-masing since ni pon masih awal tahun, panjang lagi perjalanan kita tapi, tapi, tapi jangan amik endah tak endah je, masa sangat mencemburui kita. 

Pap, pap! 

sekejap je nak abes tahun pulak. So, untuk elakkan rasa kekesalan berlaku di hati, baiklah amik tindakan sekarang. 

Till then, aku kena shut down mata ni untuk rest pulak. Seharian ni anak tak berapa sihat. Merengek je satu hari sebab hidung selsema & batuk. Kesian sangat kat dia. So, perlukan extra care disitu.

Selamat beramal semua. 

Salam kasih & sayang pembuka tahun 2014!



Yang gigih menaip,
Mama Mikhail.