Tuesday, April 26, 2011

Cuti Sakit

Hai.

MC untuk pertama kali. 

Aku cuba elakkan sebenarnya dari cuti sakit. Tapi kadang-kadang keadaan yang memaksa aku untuk berehat. Mana taknya, tak pernah dalam sepanjang hidup berkerja, almost 2 bulan lebih aku tak ada cuti weekend.

Bayangkan camana hecticnya keje kat Taylor's University.

Aku enjoy, walaupun kadang-kadang badan dah rasa macam nak burst out. Flat. Longlai abes. Aku kuatkan semangat juga dek kerana tanggungjawab. Kalau dulu, haram. Tak pernah aku kesah. Tapi sekarang dah lain. Cukup dewasa untuk buat keputusan yang rasional. 

Ahad malam minggu.

Seronok seyh dapat main badminton dengan sahabat-sahabat sekolah lama. Rasa nak peluk je sekor-sekor. Yang aku peluk sorang je, Zai. Sebab, dia perempuan. Yang lain semua teruna belaka. Dapat jumpa budak-budak ni, aku memang takkan kering gusi. Ada je yang nak melawak sampai ke tengah malam. Dari court Kg. Pengantin sampai la ke kedai kopi. Sampai pukul 1 pagi sebenarnya.

Malam masa main badminton tu, aku jatuh. Ada la terkehel sikit kat tulang belakang. Tersentak sebenarnya. Aku rasa macam nak patah pinggang. Tapi sebabkan dah lama tak bersukan, aku belasah sampai tak ingat sakit. Punyalah balas dendam. Macam gian je main badminton ni.

Akibatnya, isnin bangun pagi dah lewat ke office. Aku takleh bangun. Rasa cam nak patah pinggang. Malam semalam, terus singgah Mediviron, buat check up. Doctor cakap maybe aku tak stretching before main. Rasa nak lepuk je doctor tu. Kalau tak stretching, confirm kaki ke tangan ke, kejang atau kebas. Ni pinggang. Maybe masa datang tu pon, clinic lagi 5min nak tutup, so terima je la apa dia cakap. Alasan terima, sebab dia nak balik.

Doctor perempuan india yang sangat muda.

Apa-apa pon, aku enjoy cuti walaupon boring kat rumah sorang-sorang. Bayangkan kalau sebulan cuti duduk rumah sahaja, apa ekau nak kata?

Bai.



Sunday, April 24, 2011

Makan

Hai.

Tajuk harini adalah 'makan'.

Lately ni aku banyak makan. Bosan je sikit, makan. Tension je sikit, melantak. Ye ye, aku tahu melantak = makan. Marah je sikit, makan. Ngantuk je sikit, makan. Mau badan leh naik cam mak gajah ni. Falsafah hidup bagaikan 'hidup untuk makan..', bukan makan untuk hidup. Goodness.

Meh tengok gambar inspirasi supaya kurang sikit nafsu nak makan tu. Kalau boleh.


Picture was captured 2 months back ago. Haha.
Thanks to Cosmopolitan Magazine for their Valentine's Complimentary Make-over.
The make-over was done at Lancome Counter, Metrojaya Mid-Valley on Feb 13, 2011.

Thumbsup. Itu je aku boleh cakap.

Nak jadi macam dulu balik lah. 2 bulan dulu tu tak lama kan? kata-kata menyedapkan hati. Aku tau aku boleh tapi dengan kerja sekarang. Kau mimpikan je la, nak pergi gym tiap-tiap hari macam dulu. Terloncat sangat sini kat dalam gym tu, berpeluh macam orang berlari 1000m tanpa berhenti. Kejang kaki masuk RPM sejam dua jam sehari lagi blom kira. Dulu memang pulun habis. Sekarang? harapan je lah.

Oh sungguh tidak memberi semangat kata-kata itu.

Next week, we shall start to hit the punch bag. Aku ada masa lagi 3 bulan untuk mengubah fizikal. 3 bulan tak lama sebenarnya tapi cukup waktu untuk menunjukkan sebarang perubahan. Yang penting, emosi kena kental. Hati kena kuat. Misi mesti kena capai. Disiplin yang tinggi, wajib. Ahh, disiplin. Masalah juga ni.

Aku cuba ya, aku cuba.

Jumpa aku lagi 3 bulan dari sekarang sebelum Oktober ni. Bulan yang sangat penting.

Bai.

Thursday, April 21, 2011

Menulis



"Belajar menulis adalah belajar menangkap momen kehidupan dengan penghayatan paling total yang paling mungkin dilakukan oleh manusia." 

Friday, April 15, 2011

Life is ..


Tuesday, April 12, 2011

26

Hai.

A very cold morning, letih travel dari Ipoh pon tak hilang lagi. Reached KL almost 10pm. How I wish esoknya cuti. Sempena keputerian aku. Haha. No way. Kau ingat kau puteri raja ke? 

11 April. Pagi. Hari isnin. 

Konon-konon rasa macam monday blues la, tapi apa yang monday blues pon aku tak tahu. Its just a phrase yang everybody keep saying, ulang dan ulang kali. 

Maaf, english aku tak seberapa hebat. Dulu masa SPM, mak pesan belajar la pandai-pandai, tapi aku, memberontak je, tak mahu duk asrama. Akibatnya, result SPM pon agak memberontak. English, B+. Alhamdulillah, bersyukur la tu. Jadi jugak aku seorang manusia yang masih boleh survive dengan kehidupan dunia sekarang. Life's full of challenges and obstacles. Masyallah.

Dulu mama pernah cakap, aku suka melawan. Apa yang dia cuba nasihat, aku susah sangat nak accept apatah lagi nak absorb. Masa tu, aku rasa akulah anak yang paling suka rebel. Yes, rebel. Apa yang dia cakap, tak pernah nak lekat. Tapi sekarang tidak lagi. Everything is a yes, yes and alright, alright for her.

Dah cukup dewasa kot?

26 dah tahun ni. Syukur kepadamu Ya Allah, masih memberi harapan untuk bernafas sehingga ke hari ini. Haritu pon dia(mama) dah bersuara, "bile lagi nak settle down kak long.." Ohh. Itulah ayat yang agak berbisa nak dengar sekarang. How I wish I can tell her, that I want to get marry tomorrow. She always told me that she prays for me to get marry soon.

Hmm.

As for me, doa seorang ibulah yang paling mujarab. Insyallah. I know its time. Its just, I need some time to clear everything and prepare myself to get ready. It no-no easy thing actually. Enough said. Kadang-kadang bercerita tentang kehidupan ni, tiba-tiba air mata nak mengalir je. Kenapa? again I don't know how to answer. Aku memang seorang yang sangat sensatip kot.

Lets move forward. Kita merancang, Allah s.w.t. yang menentukan. 3 things that I always have in mind which is Usaha. Doa. Tawakkal.

May you have a wonderful life Liyana.


Last but not least, Happy birthday to me. 26 years. It is still plain yet cheerful day for me.

Monday, April 04, 2011

Did you smile today?