Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, July 03, 2011

Sawang.

Hai.

Lamanya tak update. As usual, tersangat sangatlah busy.
Dah bersawang blog ni kena tinggal. Mula-mula dulu hangat taik hayam je, verangan nak blog 365 hari. Kalau boleh kan.. Semangat nak menulis tu ada, tapi bila jari dah sentuh keyboard, suddenly aku blank.

Macam otak black out jap.

Kesian kan, dan disebabkan itu, aku hanya menulis bila mood betul-betul tengah ada, rasa macam nak bercerita pada seseorang tapi tak ada yang sudi mendengar, or maybe saat aku perlukan seseorang itu, dia tak available. Maka, disini lah terluah segalanya. 

Suka, duka, pahit dan manis.

Segala kenangan aku lakarkan disini supaya, supaya satu hari yang jauh masa akan datang, bila aku imbas kenangan-kenangan lampau, aku patot rasa bersyukur dengan apa yang aku ada pasa masa itu.

Anyway, dua tiga hari kebelakangan ni, hati jadi tak keruan. Ntah la, mungkin dengan kerja banyak kat office, proposal nak kena siapkan, project paper, dengan minutes meeting nya lagi, dengan meeting yang tak sudah-sudah, oh terlalu banyak untuk aku nak luahkan, cukup sekadar memberi ingatan pada diri sendiri.

Okaylah, mood kerja dah datang.

Nanti nantilah aku sambung cerita.


Sekian.
Yang tak rajin nak menulis sekarang.

Friday, June 24, 2011

i'm back!

Hai.

Lama btol aku cuti menulis.

Serious banyak benda yang berlaku lately, tapi susah untuk aku ungkapkan dalam ayat supaya boleh terbuku di sini. Ntahlah, mungkin malas juga. Bila ada mood nak menulis, ada pula hal lain yang datang.

Anyway, dah hampir genap 4 bulan lebih aku kat Taylor's University. Everything seems fine. Banyak benda yang aku belajar, walaupon dulu bukan dari bidang Education. Bayangkan, dari bidang kewangan, tiba-tiba masuk education, rasa macam masuk kandang kambing, mengembekk je..

Sorry. Peribahasa aku sangat buruk.

Pagi Jumaat, malas nak bangun pergi keje. Dua tiga hari ni, rasa macam letih sangat. Hectic. Minggu ni je school fairs, career day, marketing related activities and etc2 dah penuh schedule. Masuk office buat syarat je. Balik rumah plak, salin and pack baju terus ke gym sampai la kol 12 malam. Rajin kan? Aku terpaksa buat rutin macam tu. Kalau tidak, penyakit malas melanda.

Anyway, cite pasal office ni, aku tak sangka orang Melayu kita rupanya banyak yang hati busuk. Berkira. Mulut banyak. Arghh banyak la kalau nak list perkara yang tak baik, tapi aku tak suka. Sebab aku jenis yang bukan pendendam. Bicara kat sini pon setakat untuk luahkan. Tak perlu la cakap siapa, keje mana, asal mana, umur brapa, janji dia dah dewasa boleh berfikir. Terlampau calculative dalam setiap aspek, bukan nak buat keje dengan hati yang ikhlas sebab kena tolong, but jadi satu perkara macam paksaan pula bagi dirinya.

Buang masa je layan orang-orang begini. Tak kemana pon kejayaan yang dia bawa kalau kerja nak berkira, riuh sekampung kalau apa yang berlaku kat diri dia. Semoga Allah S.W.T. beri petunjuk bagi diri dia.

Ameen.

Okaylah, aku terpaksa berhenti kat sini dulu. Nak solat dulu. Selalu ada penyakit melewatkan solat. Berdosa sebenarnya. Pahala kurang. Lebih afdal kalau masuk je waktu solat terus tunaikan. Okaylah, aku janji dengan diri sendiri nak ubah diri kepada yang lebih baik.

Insyallah.

Sehingga berjumpa lagi. Salam sejahtera ke atas diri sekalian. 

Monday, May 16, 2011

I wish

Sunday, May 08, 2011

Happy Mother's Day

To all mom's out there,


Dearest Mama,

In pains,
You gave me life
In enormous care
Like the egg
I was handled
And on your laps
I was dandled
You held me close with passion
And as a fashion
You never left the cane
When I became naughty again.

After giving me a fish
You taught me fishing
To face the famine of tomorrow
And so,
If I have a wish,
May it be
That you live for more years
To guide me
And drive away my fears
Speak to me
I will give you ears.

When I was young,
You made me wise
To know that the Supreme One
Lives in the skies
I promise
To be your greatest pride
And on you face
I will put the greatest smile.

In those years
You wiped my tears
You never gave up
To lift me up
When I fell
Because I may be hurt
I watch as you pray
That the best should come my way
Sometimes you forgave me because I did not obey.

How else do I find happiness
Apart from being with you
Where else do I find love
Like all these shown
And for that,
I will say to you
I love you
And I am grateful
For taking me through parenthood.

Love you till the end of my life, hugs & kisses.

Friday, May 06, 2011

Its Friday.

Hai.

Banyaknya perkara yang berlaku dalam seminggu ni. Tak sempat nak update apa-apa langsung. Busy mengalahkan orang yang ada anak 5 and suami.

Pheww.

4.30pm, baru masuk office. What? It's Friday, and my bosses were not around. Just settle my passport renewal. July, I'm off to Jakarta, for a friend's wedding. Not forgotten too, MARA loans, settled. Gonna withdraw some of my EPF fund to clear the study loans. Fuhh.


Lega. Lega. Lega.

Hidup berhutang ni sebenarnya tak bagus. Menyerabutkan keadaan. Kalau ada duit lebih, neo tu pon aku nak convert cash terus. Macamlah banyak duit kan? :P

Anyway, 2 minggu ni planning to workout gile-gile and lose some kg's. I mean, seriously lose weight.

I've started workout for 2 days already, alhamdulillah, cuba membina stamina balik. Met my old fren, Yusra kat gym semalam. Goodness. Slim giler. Rahsia dia, lari atas trackmill je. Last time she looks very plum and berisi sikit tp malam tadi, Wow. Seriously, aku kagum.

Bukanlah nak kurus sangat, but losing some weight just to make sure you're at your ideal weight. Sihat kan bagus. Tak semestinya berisi tak cantik, gemok tak sihat. But to tell the truth, those yang berisi mostly they have low self-esteem.

Cara untuk mengatasi, mari puasa, haha.

Goodness. Banyak hari lagi tak ganti!

Till then, I have to go now. Selamat menjaga diri masing-masing.

Marathon on 3rd July, going to prepare myself. Laratkah aku nak lari 7km ni? Tepuk dada tanya selera, sendiri cari penyakit and sendiri cari ubat ye.

Sekian, bai.

Wednesday, May 04, 2011

First BB Update

Hai.

First update dari BB.

Rasa macam kelakar pon ada, sebab aku masih terkial-kial mencari keypad and alphabet.

Anyway, rasa happy dan berbangga dengan teknologi dunia sekarang kerana semuanya semudah dan sepantas di hujung jari sahaja.

Till then, have to go now.

Babai.

Tuesday, April 26, 2011

Cuti Sakit

Hai.

MC untuk pertama kali. 

Aku cuba elakkan sebenarnya dari cuti sakit. Tapi kadang-kadang keadaan yang memaksa aku untuk berehat. Mana taknya, tak pernah dalam sepanjang hidup berkerja, almost 2 bulan lebih aku tak ada cuti weekend.

Bayangkan camana hecticnya keje kat Taylor's University.

Aku enjoy, walaupun kadang-kadang badan dah rasa macam nak burst out. Flat. Longlai abes. Aku kuatkan semangat juga dek kerana tanggungjawab. Kalau dulu, haram. Tak pernah aku kesah. Tapi sekarang dah lain. Cukup dewasa untuk buat keputusan yang rasional. 

Ahad malam minggu.

Seronok seyh dapat main badminton dengan sahabat-sahabat sekolah lama. Rasa nak peluk je sekor-sekor. Yang aku peluk sorang je, Zai. Sebab, dia perempuan. Yang lain semua teruna belaka. Dapat jumpa budak-budak ni, aku memang takkan kering gusi. Ada je yang nak melawak sampai ke tengah malam. Dari court Kg. Pengantin sampai la ke kedai kopi. Sampai pukul 1 pagi sebenarnya.

Malam masa main badminton tu, aku jatuh. Ada la terkehel sikit kat tulang belakang. Tersentak sebenarnya. Aku rasa macam nak patah pinggang. Tapi sebabkan dah lama tak bersukan, aku belasah sampai tak ingat sakit. Punyalah balas dendam. Macam gian je main badminton ni.

Akibatnya, isnin bangun pagi dah lewat ke office. Aku takleh bangun. Rasa cam nak patah pinggang. Malam semalam, terus singgah Mediviron, buat check up. Doctor cakap maybe aku tak stretching before main. Rasa nak lepuk je doctor tu. Kalau tak stretching, confirm kaki ke tangan ke, kejang atau kebas. Ni pinggang. Maybe masa datang tu pon, clinic lagi 5min nak tutup, so terima je la apa dia cakap. Alasan terima, sebab dia nak balik.

Doctor perempuan india yang sangat muda.

Apa-apa pon, aku enjoy cuti walaupon boring kat rumah sorang-sorang. Bayangkan kalau sebulan cuti duduk rumah sahaja, apa ekau nak kata?

Bai.



Sunday, April 24, 2011

Makan

Hai.

Tajuk harini adalah 'makan'.

Lately ni aku banyak makan. Bosan je sikit, makan. Tension je sikit, melantak. Ye ye, aku tahu melantak = makan. Marah je sikit, makan. Ngantuk je sikit, makan. Mau badan leh naik cam mak gajah ni. Falsafah hidup bagaikan 'hidup untuk makan..', bukan makan untuk hidup. Goodness.

Meh tengok gambar inspirasi supaya kurang sikit nafsu nak makan tu. Kalau boleh.


Picture was captured 2 months back ago. Haha.
Thanks to Cosmopolitan Magazine for their Valentine's Complimentary Make-over.
The make-over was done at Lancome Counter, Metrojaya Mid-Valley on Feb 13, 2011.

Thumbsup. Itu je aku boleh cakap.

Nak jadi macam dulu balik lah. 2 bulan dulu tu tak lama kan? kata-kata menyedapkan hati. Aku tau aku boleh tapi dengan kerja sekarang. Kau mimpikan je la, nak pergi gym tiap-tiap hari macam dulu. Terloncat sangat sini kat dalam gym tu, berpeluh macam orang berlari 1000m tanpa berhenti. Kejang kaki masuk RPM sejam dua jam sehari lagi blom kira. Dulu memang pulun habis. Sekarang? harapan je lah.

Oh sungguh tidak memberi semangat kata-kata itu.

Next week, we shall start to hit the punch bag. Aku ada masa lagi 3 bulan untuk mengubah fizikal. 3 bulan tak lama sebenarnya tapi cukup waktu untuk menunjukkan sebarang perubahan. Yang penting, emosi kena kental. Hati kena kuat. Misi mesti kena capai. Disiplin yang tinggi, wajib. Ahh, disiplin. Masalah juga ni.

Aku cuba ya, aku cuba.

Jumpa aku lagi 3 bulan dari sekarang sebelum Oktober ni. Bulan yang sangat penting.

Bai.