Tuesday, January 24, 2012

Review : Of Engagement Outfit

Hai.

Rasa macam dah sebulan bertunang tapi sebenarnya baru 23 hari berlalu.
Cepat kan masa berlalu?

Tak sanggup tengok ticker count down towards the 'Big Day'.
Perasaan cuak, tak tahu macam mana nak menghadapinya.

Aku tabahkan hati walaupon dalam masa terdekat ni macam-macam dugaan yang dilalui. Nasib ada sweetheart yang sangat memahami, sangat sabar, sangat tabah untuk beri kekuatan disamping berdoa kepada-NYA untuk aku hadapi hari-hari yang mendatang dengan tenang.

Ameen.

Cerita hal tunang, bukan setakat baju, dari benda yang kecik sampai ke besar, semuanya perlu nak diambil kira, and I did it all last minute!

Bravo!

Tepuk tangan untuk diri sendiri kerana hampir mencirit di pertengahan jalan. Penat lelah rasa berbaloi-baloi. It took almost 3 weekends aku ke hulur ke hilir bersama cousin tercinta 'dot' untuk menyiapkan semuanya dan the final week before E-day, bercuti dan seharusnya tak rasa erti cuti sebenar sebab bangun pagi terus ada kerja yang menunggu, sampai ke petang, and petang ke malam, haruslah waktu membeli apa yang masih tak mencukupi mengikut checklist.

with cousins, sister & future sis-in-law
BIG credit kepada Syahidah Kamaruddin(third from left in pitcha), sebab dialah menjadi peneman dan pengkomen yang setia, banyak menghabiskan masa untuk cousin yang paling mengada dan tercinta ni. 

Muntah di situ juga. 

Ok, lets do the engagement review.

We'll start of with the engagement outfit, next entry will be the hantaran, make up, doorgift and etc, etc.

The Baju,


Sorry for the long entry.

We bought the lace during our trip to Jakarta - Bandung in July 2011. Adik Firdaus yang pilih. Aku dah kepenatan masa tu, bayangkan dah berjam-jam dalam Pasar Baru, Bandung. At the end, rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana. Ain tunjuk warna dusty pink lace tu and sales boy yang layan tu pon sangat baik, dia syorkan latest design, so aku pon setuju tanpa banyak songeh.


Mr. Fiance bayar. Settled.

IDR 500,000rp. for 4 meter lace and lining.

Tawar punya tawar, dapat 450,000rp. je. Oklah tu, within the budget pon. Pulang dari Jakarta, a week after terus anta kat Kak Rina from Andaman Pesona. Kenal kak Rina ni masa balik dari gym kat Wangsa Walk masa tu ada pameran pengantin. Myself and Firdaus terus ambil contact dia, sebab waktu tu agak lewat juga sebenarnya, ada kurang lagi 3 bulan nak bertunang. We supposed to engage on 1st October sebenarnya tapi ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, so we postponed. 

We found out Andaman Pesona ni offered quite reasonable price, RM899 - package tunang with inclusive of make up, sewa baju perempuan dan mini pelamin.

Balik Jakarta, terus call Kak Rina, sampai kat Taman Dagang, tengok butik, baju semua ok. Still acceptable walaupon design macam butik pengantin lama. Discussed ngan Kak Rina, dia setuju nak tukar sewa baju dengan upah jahit, sebab dah beli kain kan, so, better tempah daripada pakai butik punya. Tanya tuan empunya butik, siapa yang akan jahit baju, dia jawab, "kita ada personal tailor untuk jahit baju-baju pengantin butik kita.."

Yeah right! Memang personal tailor yang entah mana dia ambil.

Hantar baju end bulan July, dapat baju lagi 3 minggu before 1st Jan 2012.

Bayangkan?

Tak menangis jah?

Dengan baju tak berbeading lagi!

Seriously, masa pegi fitting baju, otw balik rumah aku melalak dalam kete. Sebab design yang kita mintak tak sama yang kita dapat, and nampak jahitan dia senget benget, murah, dan tak berkuali. Siap ada koyak lagi. Beli kain boleh tahan mahal, at last tertipu dengan butik andaman. 

Fine. Masih bersabar. 

Masa sehari sebelum 1 Oct tu, dia tak ingat pon tarikh majlis sebenarnya, sampai aku call and cakap, kami postpone date tunang. Dia boleh tak respond apa-apa dan terlupa.

Sedih kan?

Hilang sabar disitu. 

Moral of the story: Janganlah sebarangan pilih andaman yang anda rasa tak pasti dengan kualiti servis mereka, cuba buat rujukan terlebih dahulu.

Bila dah anta baju, baru aku tengok FB mereka and surveyed, make up macam orang tak make up, baju, pelamin semua old fashion, macam zaman maklong aku kawen je design dia.. Nak buat camana, deposit dah diambil RM500! 

Nak berpatah balik pon tak guna, kain dah dihantar. Nak complaint pon, dia buat tak tahu je. So, teruskan apa yang ada. Aku dah nekad masa tu, nak cancel make up. Forwardkan gambar sample utk mini pelamin, dia nak tambah lagi charges untuk bunga artificial and corset! 

Dah jadi RM1499 daripada RM899. What the??

At last, discuss dengan Firdaus, cancel make up, cancel artificial flower, then remain je pelamin yang sedia ada, itu pon mereka tak follow up call tanya nak pelamin yang macam mana. Esok dah nak bertunang, hari ni baru tanya nak design yang macam mana and itu adalah ihsan adik Kak Rina, Reny. 

Aku  give up sangat. Baju anta balik alter, buang lengan yang macam batman tu, kat badan takde lining, kat lengan plak ada lining. Masyaallah! Kaki baju, dia buat plak 2 lapis. Hangin satu badan. 

Aduhaii. Memang tak recommend you all ambil dengan mereka ni. Seriously, aku tak cerewet mana tapi kalau servis macam ni, membazir je B2B bayar beratus-ratus ringgit. Sangat tak berbaloi. Sanggup anta jahit baju kat tailor murah sebab nak kaut untung, kalau aku sewa je baju dorang, mungkin dorg lagi untung agaknya!

At last, dapat baju 1 week before E-day, anta kat kawan Nadia, Nana from Pearlnity. Rushing back to KL from office brainstorming session & teambuilding at PD on Friday, 21st - 23rd Dec 2011, selasa. Unfortunately, 4 days later nana text informed dia demam panas suspected Denggi.

Masyallah. Kesian Nana.
Masyallah. Kuat juga dugaan nak bertunang ni.

Aku tabahkan hati jua, nasib baik rumah nana dekat, terus gi amik Rabu keesokan harinya. Masa tu, hati gundah gelana tak boleh nak cakap macamana ya allah, panic sebab last minute, mana ada orang nak amik tempahan jahit manik lagi.

Nasib baik teringat ada contact Kak Zaza from Bead Me Please last few weeks ago.

Syukur alhamdulillah, kak zaza cakap dia boleh tolong jahitkan manik. Salute her so much, lagi 3 hari nak pakai baju untuk majlis, dia sempat siapkan saya punya veil, saya punya manik baju dan saya punya patchlace kain, and masa tu dia baru lepas habis pantang 3 minggu! Masyallah.

Terhutang budi sangat dengan kak zaza, orangnya sangat peramah! Beads yang dijahit kemas, baju saya dah tak nampak cacat lagi.

from left: dot, me, fara (my sis)
To kak zaza, thank you for saving my life. You've made my day & I owe u a lot! lot! and lot! *menjerit*
Punya last minute, baju tunang saya pick up hari ahad the engagement day kalau you all nak tau!

Phewww~

Sekian, bersambung di review yang lain.

Bai.

2 jelly beans:

Aisyah Humaira said...

lace dia cantekkk~

orenlili said...

tq aisyah.

Post a Comment