Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, May 01, 2012

Review : Of Engagement Make Up

Bismillah.

Huh, agak mengambil masa yang lama untuk mengupdate review make up masa bertunang. Mintak maaf kawan-kawan. Saya agak sibuk dengan life kerja, kerja, kerja, pagi petang siang malam dengan kerja di office.

Sampai masa dah nak kena bersara kerja dengan orang. Sangat penat, otak dan jiwa raga yang kacau bilau. Heh. 

Oklah, tanpa melengahkan masa lagi. Ceritera make up saya, last minute deal dengan kak jaja, she's is my pet sis cum make up artist untuk apa saja event. I've been using for her service since 2009. Dia je yang boleh make up saya dengan rasa kasih sayang. Cehh.. bangga kak ja.

I'm glad to know her.
Nama belom lagi commercialised tapi insyallah satu hari saya berjanji dengan diri saya untuk commercialkan nama dia. Nak tolong dia ada kehidupan yang lebih baik. Insyallah.

"The more you give, the more you help people, the more you will get back.." 
Insyallah..

Masyaallah, sedar tak sedar, dah 4 months menjadi tunangan orang!
Banyak betul dugaan sebenarnya dalam tempoh bertunang ni tapi insyallah saya hadapi dengan tenang walaupon kadang-kadang meroyan macam orang yang hilang akal sekejap. Ya, saya mengaku saya mengalami masalah emosi yang kurang stabil tapi itu adalah cabaran untuk menentang syaitan yang asik nak buat kita marahhh je!

Astagfirullah. Astagfirullah. Mengucap panjang.

Anyway, let the pictures speak. 
homaigodd. My bad hinglish.

98.9% ready, 1.1% nervous
"I have a long hair, I know.."

 light make up with natural colors.

first attempts to put the baby breath

 almost ready

2nd attempt to include baby breath. nervousness

talented kak ja finishing the best for my make over :)

Alright, cukup ini sahaja yang saya rasa paling okay. Nanti kalau ada lagi, I will just update more. Kak ja is such a nice person I have ever know. Dia paling sporting. We are going to conduct make up class.

If anyone of you interested to join, please contact us at 012-3768504(liyana) or 0123530196(jaja).

I have always engage her as my 'every event' make up coz dia je yang pandai make up saya dengan citarasa saya sendiri, and its always look natural beauty :) 

Saya tak perasan, tapi kawan-kawan cakap make up dia sangat smooth and cantik :)

back in 2009, first make up with kak jaja.

Till then, I am glad that my make up was fine during my engagement ceremony. My advise is choose someone that you are really comfortable to work with, in the same time have the most reasonable price for the charges and not forgotten the most quality services too.

Again, yet not promoting, but if you're still looking for a make up artist, please feel free to call/sms Kak Jaja at 012-3530196, and you can just mentioned my name, saya tak kisah :) for any event, she's ready to help!

Wassalam.

Friday, March 02, 2012

Bali Dais

Papa & Mama,

can I have my dais something similar to this one? please??

click pic to enlarge

source: djariartz 

Monday, January 30, 2012

8 months more to go..

Hello Terengganu! Part II

Hai.

Inilah hasil penyopingan yang tidak bermoral. 
eh silap. kurang sivik.

As usual, kalau En. Hubby tau, mesti dia bising sebab biG dAy dah nak dekat, and diri nih seselamba mungkin boleh berbelanja ikot suka hati mak bapak den punya duit.  

B jangan marah eh. Ni last ayang shopping.
"Yerlahh tuuuuu.." katanya.

Anyway, those batik I got it at a cheaper price. KL takkan mungkin dapat dua tiga ratus nak-nak lagi yang jual kat boutique, or kat Kompleks Kraf Jalan Conlay tu.

So I bought 2 colors. 
abes koyak poket mak,, nampak gayanya makan timun je la sebulan ni.
Aiceh.

This one,, 



... and this one,,


Cantik tak? eheh.
Aku sejak azali lagi memang tak boleh tengok kain.
Nak-nak bila masuk pasar payang ke, pasar siti khadijah ke, hmmm mana-mana pasar lah yang jual kain batik atau ela camgini,,


mesti nak rembat, walau selai atau dua,,

Oh ya, untuk cik abang pon ada, so checklist dia dah kurang satu lagi.
Tak terfikir nak beli color apa pon, main rembat juga yang ni. Tawar-tawar daripada RM60 dapat juga RM50, okay la tu kan,,

Untuk b,,


Pastu nak balik sesat. Oh tidak. Macam main pusing-pusing dalam maze tak jumpa jalan keluar sebab kiri kanan, depan belakang kedai saja..

*Pengsan*


Bai.

Friday, January 27, 2012

Hello Terengganu!

Hai.

Saya sedang bersiaran dari Kuala Terengganu.
Banyak memori disini sebenarnya.. Ooppss!
By the way, roadshow KPT dah bermula, masa untuk mengerahkan diri untuk bekerja di hari minggu.

Ohh sangat mencabar, tapi dalam masa yang sama, masa ini yang ditunggu-tunggukan.

Makan! perkara yang wajib!
Berjalan! wajib!

Menghabiskan duit!? ohh noo.
Penyopingan yang tidak berdisiplin atau dengan erti kata lain, tiada sivik!
Kalau Encik hubby tahu mesti dia bising.

Sekian sahaja pada hari ini, akan pulang dalam masa 4 hari lagi!

Bai.

Tuesday, January 24, 2012

Review : Of Engagement Outfit

Hai.

Rasa macam dah sebulan bertunang tapi sebenarnya baru 23 hari berlalu.
Cepat kan masa berlalu?

Tak sanggup tengok ticker count down towards the 'Big Day'.
Perasaan cuak, tak tahu macam mana nak menghadapinya.

Aku tabahkan hati walaupon dalam masa terdekat ni macam-macam dugaan yang dilalui. Nasib ada sweetheart yang sangat memahami, sangat sabar, sangat tabah untuk beri kekuatan disamping berdoa kepada-NYA untuk aku hadapi hari-hari yang mendatang dengan tenang.

Ameen.

Cerita hal tunang, bukan setakat baju, dari benda yang kecik sampai ke besar, semuanya perlu nak diambil kira, and I did it all last minute!

Bravo!

Tepuk tangan untuk diri sendiri kerana hampir mencirit di pertengahan jalan. Penat lelah rasa berbaloi-baloi. It took almost 3 weekends aku ke hulur ke hilir bersama cousin tercinta 'dot' untuk menyiapkan semuanya dan the final week before E-day, bercuti dan seharusnya tak rasa erti cuti sebenar sebab bangun pagi terus ada kerja yang menunggu, sampai ke petang, and petang ke malam, haruslah waktu membeli apa yang masih tak mencukupi mengikut checklist.

with cousins, sister & future sis-in-law
BIG credit kepada Syahidah Kamaruddin(third from left in pitcha), sebab dialah menjadi peneman dan pengkomen yang setia, banyak menghabiskan masa untuk cousin yang paling mengada dan tercinta ni. 

Muntah di situ juga. 

Ok, lets do the engagement review.

We'll start of with the engagement outfit, next entry will be the hantaran, make up, doorgift and etc, etc.

The Baju,


Sorry for the long entry.

We bought the lace during our trip to Jakarta - Bandung in July 2011. Adik Firdaus yang pilih. Aku dah kepenatan masa tu, bayangkan dah berjam-jam dalam Pasar Baru, Bandung. At the end, rambang mata. Tak tahu nak pilih yang mana. Ain tunjuk warna dusty pink lace tu and sales boy yang layan tu pon sangat baik, dia syorkan latest design, so aku pon setuju tanpa banyak songeh.


Mr. Fiance bayar. Settled.

IDR 500,000rp. for 4 meter lace and lining.

Tawar punya tawar, dapat 450,000rp. je. Oklah tu, within the budget pon. Pulang dari Jakarta, a week after terus anta kat Kak Rina from Andaman Pesona. Kenal kak Rina ni masa balik dari gym kat Wangsa Walk masa tu ada pameran pengantin. Myself and Firdaus terus ambil contact dia, sebab waktu tu agak lewat juga sebenarnya, ada kurang lagi 3 bulan nak bertunang. We supposed to engage on 1st October sebenarnya tapi ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, so we postponed. 

We found out Andaman Pesona ni offered quite reasonable price, RM899 - package tunang with inclusive of make up, sewa baju perempuan dan mini pelamin.

Balik Jakarta, terus call Kak Rina, sampai kat Taman Dagang, tengok butik, baju semua ok. Still acceptable walaupon design macam butik pengantin lama. Discussed ngan Kak Rina, dia setuju nak tukar sewa baju dengan upah jahit, sebab dah beli kain kan, so, better tempah daripada pakai butik punya. Tanya tuan empunya butik, siapa yang akan jahit baju, dia jawab, "kita ada personal tailor untuk jahit baju-baju pengantin butik kita.."

Yeah right! Memang personal tailor yang entah mana dia ambil.

Hantar baju end bulan July, dapat baju lagi 3 minggu before 1st Jan 2012.

Bayangkan?

Tak menangis jah?

Dengan baju tak berbeading lagi!

Seriously, masa pegi fitting baju, otw balik rumah aku melalak dalam kete. Sebab design yang kita mintak tak sama yang kita dapat, and nampak jahitan dia senget benget, murah, dan tak berkuali. Siap ada koyak lagi. Beli kain boleh tahan mahal, at last tertipu dengan butik andaman. 

Fine. Masih bersabar. 

Masa sehari sebelum 1 Oct tu, dia tak ingat pon tarikh majlis sebenarnya, sampai aku call and cakap, kami postpone date tunang. Dia boleh tak respond apa-apa dan terlupa.

Sedih kan?

Hilang sabar disitu. 

Moral of the story: Janganlah sebarangan pilih andaman yang anda rasa tak pasti dengan kualiti servis mereka, cuba buat rujukan terlebih dahulu.

Bila dah anta baju, baru aku tengok FB mereka and surveyed, make up macam orang tak make up, baju, pelamin semua old fashion, macam zaman maklong aku kawen je design dia.. Nak buat camana, deposit dah diambil RM500! 

Nak berpatah balik pon tak guna, kain dah dihantar. Nak complaint pon, dia buat tak tahu je. So, teruskan apa yang ada. Aku dah nekad masa tu, nak cancel make up. Forwardkan gambar sample utk mini pelamin, dia nak tambah lagi charges untuk bunga artificial and corset! 

Dah jadi RM1499 daripada RM899. What the??

At last, discuss dengan Firdaus, cancel make up, cancel artificial flower, then remain je pelamin yang sedia ada, itu pon mereka tak follow up call tanya nak pelamin yang macam mana. Esok dah nak bertunang, hari ni baru tanya nak design yang macam mana and itu adalah ihsan adik Kak Rina, Reny. 

Aku  give up sangat. Baju anta balik alter, buang lengan yang macam batman tu, kat badan takde lining, kat lengan plak ada lining. Masyaallah! Kaki baju, dia buat plak 2 lapis. Hangin satu badan. 

Aduhaii. Memang tak recommend you all ambil dengan mereka ni. Seriously, aku tak cerewet mana tapi kalau servis macam ni, membazir je B2B bayar beratus-ratus ringgit. Sangat tak berbaloi. Sanggup anta jahit baju kat tailor murah sebab nak kaut untung, kalau aku sewa je baju dorang, mungkin dorg lagi untung agaknya!

At last, dapat baju 1 week before E-day, anta kat kawan Nadia, Nana from Pearlnity. Rushing back to KL from office brainstorming session & teambuilding at PD on Friday, 21st - 23rd Dec 2011, selasa. Unfortunately, 4 days later nana text informed dia demam panas suspected Denggi.

Masyallah. Kesian Nana.
Masyallah. Kuat juga dugaan nak bertunang ni.

Aku tabahkan hati jua, nasib baik rumah nana dekat, terus gi amik Rabu keesokan harinya. Masa tu, hati gundah gelana tak boleh nak cakap macamana ya allah, panic sebab last minute, mana ada orang nak amik tempahan jahit manik lagi.

Nasib baik teringat ada contact Kak Zaza from Bead Me Please last few weeks ago.

Syukur alhamdulillah, kak zaza cakap dia boleh tolong jahitkan manik. Salute her so much, lagi 3 hari nak pakai baju untuk majlis, dia sempat siapkan saya punya veil, saya punya manik baju dan saya punya patchlace kain, and masa tu dia baru lepas habis pantang 3 minggu! Masyallah.

Terhutang budi sangat dengan kak zaza, orangnya sangat peramah! Beads yang dijahit kemas, baju saya dah tak nampak cacat lagi.

from left: dot, me, fara (my sis)
To kak zaza, thank you for saving my life. You've made my day & I owe u a lot! lot! and lot! *menjerit*
Punya last minute, baju tunang saya pick up hari ahad the engagement day kalau you all nak tau!

Phewww~

Sekian, bersambung di review yang lain.

Bai.

Saturday, January 21, 2012

Word of the day

“There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle.” 

― Albert Einstein

Things to do

12 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Memilih tarikh untuk majlis pernikahan dan persandingan
  • Memilih lokasi majlis, waktu jamuan dan tempahan makanan
  • Menentukan gaya serta tema majlis persandingan
  • Mengaturkan bajet
  • Memilih perancang majlis perkahwinan yang terbaik dan mengikut kemampuan anda
  • Mengumpul nama tetamu
  • Memilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis
  • Memilih cincin pernikahan
  • Memilih kek pengantin
  • Memesan cenderahati untuk tetamu

5 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyelesaikan semua urusan persandingan(membayar deposit, pergi memilih dan mencuba kelengkapan pakaian).
  • Memilih dan menentukan semua kelengkapan perkahwinan (kad undangan, kek perkahwinan, bunga tangan, jurugambar, jurusolek dan lain-lain)
  • Menghubungi kadi dan pejabat agama Islam
  • Menghubungi saksi pernikahan
  • Membuat rawatan ke spa

2 BULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Menyenaraikan nama tetamu
  • Membuat perancangan majlis bersama pengacara majlis
  • Merencanakan bulan madu
  • Mengaturkan tempat tinggal saudara yang datang dari jauh
  • Memastikan rawatan spa secara intensif
  • Memastikan bunga telur dan cenderahati yang telah ditempah siap
  • Memastikan ukuran baju anda sesuai dengan bentuk tubuh anda dan pasangan

SEBULAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

  • Mula mengirim kad undangan untuk saudara jauh
  • Memastikan cincin anda dalam ukuran yang betul
  • Berbincang dengan jurufoto konsep gambar yang anda inginkan
  • Menempah penginapan untuk percutian bulan madu
  • Memastikan semua keperluan majlis perkahwinan, persandingan dan resepsi lengkap
  • Memilih muzik atau lagu ketika majlis perkahwinan berlangsung